Mahukah Anda Menjadi Penerbit Produk Digital
Dengan Kadar Yang Segera?
*Tawaran Private Label Rights Ini Harus Milik*
*Bonus Tambahan Penggunaan PrestaShop Telah Ditambah Pada Ruangan Download*
*Bonus Tambahan Penggunaan Template eStore Wordpress Telah Ditambah Pada Ruangan Download*
“ Video Tutorial Membina Shopping Cart Menerusi Sistem Wordpress™ Ini Terhad Kepada 50 8 Orang Sahaja! ”

Tawaran PANAS ini adalah terhad!
Rakan usahawan internet yang dihormati,
Apakah Maksud Hak *Private Label* ?
Private Label adalah merupakan satu hak eksklusif yang diberikan oleh pengeluar atau pencipta sesuatu produk kepada pengedarnya untuk melakukan proses penjenamaan semula dan tambah baik (customize) terhadap produk yang terlibat.
Hal ini adalah bertujuan untuk membolehkan pengedar tersebut menjual produk yang dilesenkan tanpa membongkarkan kepada pelanggan mereka tentang dari manakah sumber asal ciptaan produk tersebut. Dengan lesen Private Label yang dimiliki oleh pengedar, pelanggan si pengedar tersebut akan menganggap bahawa produk yang mereka beli tersebut adalah merupakan produk ciptaan si pengedar.
Private Label ini sebenarnya sudah lama wujud dalam pelbagai jenis industri sama ada dalam industri makanan, kosmetik dan sehinggalah ke perniagaan internet. Jika di pasaran "offline", Private Label lebih dikenali sebagai White Label. Asasnya sama sahaja iaitu, mendapatkan hak Re-BRAND produk orang lain untuk dijadikan sebagai produk kita sendiri...
Sebagai contoh, di Malaysia, pengeluar utama beras adalah Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Walaubagaimanapun jika kita pergi ke pasaraya, kita dapat lihat pelbagai jenis jenama beras yang ditawarkan seperti Beras Faiza, Cap Rambutan, Jasmine dan sebagainya.
Kesemua beras ini sebenarnya datang dari sumber yang sama. Namun ia berlainan jenama adalah disebabkan oleh proses *penjenamaan semula* oleh syarikat - syarikat seperti Beras Faiza, Cap Rambutan dan lain - lain. Inilah yang dipanggil sebagai hak *Private Label* atau *White Label*.
(Agak - agak anda, Proton Inspira adalah merupakan Private Label daripada Mitsubishi Lancer ataupun tidak? ;) )
Dengan konsep dan idea yang sama, maka saya ingin menawarkan Hak Private Label terhadap produk terbitan saya yang TERBARU untuk tahun 2011 iaitu...
Pakej Tutorial Membina Laman
Web Shopping Cart Menerusi
Platform Wordpress™

Mengapakah Wordpress™ menjadi pilihan saya kali ini untuk tutorial pembinaan shopping cart? Mengapa tidak menggunakan platform shopping cart yang sebenar seperti ZenCart, Magento, CubeCart dan sebagainya untuk tujuan pembangunan kedai online?
Sebabnya adalah kerana, Wordpress™ adalah begitu mudah untuk digunakan! Berbeza dengan sistem seperti ZenCart, Magento dan lain - lain platform shopping cart, ia amat sukar untuk dikuasai terutama sekali bagi mereka yang sememangnya ZERO pengalaman dalam bahagian teknikal pengurusan website.
Malah, Wordpress™ mempunyai komuniti yang begitu besar sehinggakan terlalu banyak sumber rujukan yang mudah untuk diperolehi. Pembangunan template yang pelbagai juga memudahkan untuk kita milikinya serta harganya yang murah berbanding dengan template bagi lain - lain platform.
Disebabkan hal inilah saya mengambil keputusan untuk menggunakan Wordpress™ sebagai platform pembinaan shopping cart...
Produk Tutorial Ini Adalah Produk TERBARU Yang Saya Hasilkan...
Ya, ini adalah merupakan produk terbaru yang pertama yang saya hasilkan untuk tahun 2011 ini. Anda berpeluang untuk mendapatkan Hak Private Label terhadap produk ini adalah kerana saya lebih gemar melihat produk ini dapat disebarkan dengan lebih meluas tanpa perlu dihadkan sumbernya daripada saya sahaja.
Jadi dengan ini, saya ingin menawarkan tawaran Private Label untuk Tutorial Sistem Wordpress eShop ini kepada anda sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan menerusi penjualan produk - produk digital di internet... :)
Item Yang Akan Menjadi Milik Anda Dengan Hak Private Label
Dengan mendapatkan Pakej Private Label Tutorial Wordpress eShop ini, anda akan dibekalkan dengan material - material seperti berikut:
#1 - Tujuh Belas (17) Topik
Video Tutorial (AVI & Flash)
[Private Label Rights]

Format AVI

Format Flash
[ Contoh Sistem Kedai Online Wordpress 1 ]
[ Contoh Sistem Kedai Online Wordpress 2 ]
Kesemua topik yang disediakan adalah bermula dari asas pemasangan platform Wordpress™ sehinggalah ke proses uji cuba sistem shopping cart yang dipasang ke dalam Wordpress™... Antara topik video tutorial yang disediakan adalah:
- Pemasangan Platform Wordpress™ Ke Hosting
- Dalam video ini, anda akan dibimbing tentang langkah - langkah pantas untuk memasang platform Wordpress ke dalam akaun hosting pengguna.
- Konfigurasi Asas Dalam Sistem Wordpress™
- Dalam video ini, pengguna akan diterangkan tentang apakah konfigurasi penting yang perlu pengguna lakukan terhadap sistem Wordpress™ yang dipasang untuk memastikannya beroperasi mengikut struktur yang terbaik.
- Penerangan Perbezaan Post VS Pages
- Di dalam Wordpress™, terdapat 2 cara untuk menerbitkan artikel (maklumat) iaitu menerusi penggunaan Post dan Pages. Dalam video ini, pengguna akan diterangkan perbezaan di antara kedua - dua bahagian ini.
- Memasang Template Pilihan Dalam Wordpress™
- Dalam video ini, pengguna akan ditunjukkan proses bagaimana untuk mendapatkan template Wordpress secara percuma secara terus daripada bahagian admin Wordpress™ dan memasang template tersebut ke dalam sistem Wordpress™.
- Memasang Plugins Pilihan Wordpress™
- Dalam video ini, pengguna akan dapat melihat bagaimana proses penambahan plugin pilihan ke dalam sistem Wordpress.
- Konfigurasi Plugins Pilihan
- Selepas pengguna menambah plugin pilihan dalam topik 5, pengguna akan diterangkan pula kaedah melakukan konfigurasi terhadap plugin yang telah diaktifkan dan ditambah.
- Memasang dan Konfigurasi Sistem eShop
- Ini adalah merupakan video tutorial utama dalam proses menjadikan sistem Wordpress™ sebagai sebuah sistem Shopping Cart. Dalam video tutorial ini, pengguna akan diterangkan proses konfigurasi asas untuk sistem eShop berfungsi.
- Menetapkan Option Sets
- Dalam video tutorial ini, pengguna akan diterangkan fungsi Option Sets bagi membolehkan produk yang bakal pengguna jual kelak mempunyai variasi pilihan yang boleh diberikan kepada pelanggan pengguna.
- Menetapkan Email Template
- Dalam video tutorial ini, pengguna akan ditunjukkan dengan langkah - langkah untuk mengubahsuai template email yang digunakan oleh sistem eShop agar menjadikan template tersebut lebih menarik dan bersesuaian dengan kegunaan pengguna.
- Menetapkan Shipping Rates
- Sekiranya pengguna menjual produk - produk fizikal seperti baju, kasut, cermin mata dan sebagainya, dalam video ini akan ditunjukkan langkah - langkah untuk menetapkan konfigurasi 'kos penghantaran' berdasarkan 4 jenis kaedah (method).
- Menetapkan Discount Codes
- Jika pengguna berhasrat untuk memberikan diskaun kepada bakal pembeli produk pengguna, maka video tutorial ini akan membimbing pengguna langkah - langkah untuk membina kupon diskaun yang boleh digunakan dalam sistem eShop pengguna.
- Menetapkan Butiran Download
- Khas untuk penjual produk digital seperti ebook, video dan sebagainya, dalam video tutorial ini diterangkan proses - proses untuk memuat naik (upload) produk digital ke dalam sistem agar apabila pembeli membeli produk digital tersebut, mereka akan diberikan akses ke ruangan download.
- Penerangan Menu Sampingan Dalam eShop
- Dalam video ini, pengguna akan dibawa melihat informasi tentang menu - menu tambahan yang wujud dalam sistem eShop.
- Menetapkan Department Produk
- Dalam video tutorial ini, pengguna akan dijelaskan tentang kepentingan membina department untuk mengkategorikan jenis produk yang pengguna bakal jual.
- Memasukkan Maklumat Produk Dalam Sistem eShop
- Pada video ini, pengguna akan ditunjukkan langkah - langkah untuk memasukkan maklumat produk ke dalam sistem dan juga teknik menguruskan imej produk dengan plugin Next GEN Gallery.
- Uji Cuba Sistem eShop
- Setelah selesai semua proses penambahan produk, dalam video ini pengguna akan dapat melihat apakah proses - proses yang boleh dilakukan untuk mengujicuba sistem eShop.
- Penerangan Tambahan Dan Customization
- Dalam topik video tutorial ini, segala maklumat tambahan bagi menyokong penggunaan sistem eShop dan Wordpress akan diterangkan. pengguna juga akan dapat melihat bagaimana untuk menggunakan fungsi - fungsi yang terdapat di dalam sistem Wordpress™ yang boleh diubahsuai mengikut kehendak pengguna.
Senarai diatas adalah merupakan senarai ringkas tentang topik - topik yang akan dipelajari oleh pengguna. Sesetengah topik di atas mempunyai lebih daripada 1 bahagian video. Kesemua topik yang dibekalkan merangkumi konfigurasi sepenuhnya sistem Wordpress™ dan sistem eShop.
#2 - Fail PDF dan .DOC Pelan Tindakan Pantas & Template
[Private Label Rights]


Anda juga akan menerima dokumen sokongan iaitu Pelan Tindakan Pantas yang mengandungi langkah - langkah rujukan untuk dijadikan sebagai garis panduan untuk pembeli produk anda membangunkan laman Sistem Wordpress eShop.
Anda akan diberikan fail PDF dan juga DOC untuk fail ini.
Fail - fail template seperti template email yang digunakan dalam sistem eShop turut disediakan bagi memudahkan pengguna untuk menguruskan sistem.
#3 - Minisite Jualan Lengkap
[Private Label Rights]

Sebagai pemilik PLR juga, anda akan dibekalkan dengan segala material eksklusif yang dihasilkan secara professional untuk membantu pemasaran anda terhadap produk ini.
Anda akan memiliki pakej professional surat jualan (sales letter) yang mampu menarik minat pelawat untuk memiliki produk yang dipasarkan.
Anda dibekalkan produk siap yakni Video Tutorial Sistem Wordpress eShop yang boleh anda jual. Namun tanpa surat jualan yang berkesan, produk ini berkemungkinan besar tidak akan laku. Oleh itu, kami turut memberikan anda surat jualan professional yang telah ditulis secara khas oleh copywriter kami untuk memasarkan produk ini.
Tiada sebarang kerja berat daripada pihak anda untuk pening kepala menulis surat jualan.
Gunakan sahaja surat jualan yang dibekalkan untuk memulakan pemasaran produk Tutorial Sistem Wordpress eShop ini dan nantikan wang masuk ke akaun bank anda. Begitu mudah dan pantas untuk mula berniaga di internet!
Eksklusif Sistem Borang Memudahkan Urus Niaga Anda!

Halaman tempahan juga turut disediakan dengan fungsi sistem borang yang istimewa! Anda hanya perlu lakukan konfigurasi nama anda, alamat email, dan seterusnya sistem borang terus menjalankan kerjanya!
#4 - Grafik Produk & Promosi
[Private Label Rights]

Anda juga akan turut menerima set grafik dari ecover, grafik website dan juga grafik banner untuk kegunaan aktiviti pemasaran yang bakal anda jalankan.
Kesemua grafik ini turut didatangi dengan fail PSD yang mana anda boleh ubahsuai grafik - grafik yang disediakan mengikut kehendak anda sendiri.
#5 - Semua Source Fail
(PSD, DOC, Action Script)
[Private Label Rights]

Anda juga akan turut menerima set grafik dari ecover, grafik website dan juga grafik banner untuk kegunaan aktiviti pemasaran yang bakal anda jalankan.
Kesemua grafik ini turut didatangi dengan fail PSD yang mana anda boleh ubahsuai grafik - grafik yang disediakan mengikut kehendak anda sendiri.
Ada Orang Mahu Ke Produk Tutorial Buat Laman Web Ni Nanti?
Soalan yang agak menarik... Pertama sekali, kita lihat kepada keyword analisis pada rajah bawah ini yang dibuat menerusi Google Keyword Tools.
Jika anda perhatikan pada katakunci (keyword) yang tersenarai dibawah, ianya adalah merupakan katakunci yang digunakan oleh pengguna internet di Malaysia untuk mencari maklumat tentang 'laman web'...

Seterusnya, pada bahagian yang saya highlightkan dengan garisan merah tersebut adalah merupakan statistik purata pencarian SETIAP BULAN yang dilakukan oleh pengguna - pengguna internet di Malaysia...
Ringkasnya, setiap bulan akan ada pencarian tentang keyword 'laman web' dan yang lebih menariknya, terdapat banyak pencarian tentang cara, kaedah untuk membina laman web...
Nah, sekarang anda sudah dapat melihat bahawa terdapat statistik yang membuktikan ada 'prospek' yang sedang mencari tutorial, panduan serta maklumat untuk belajar tentang kaedah membina laman web.
Bagaimana jika anda dapat menarik sekurang - kurangnya 5 orang pembeli sahaja setiap bulan? Jika produk tutorial ini anda jual dengan harga RM50.00, maka anda berpotensi untuk mendapat keuntungan sebanyak RM250.00 setiap bulan!
Potensi Anda Untuk Mendapat Bakal Pembeli Tidak Akan Pernah Putus!
Ya, benar... Setiap hari akan ada pengguna yang ingin mempelajari cara untuk melakukan jualan di internet dan sekaligus mereka akan mencari maklumat tentang bagaimana untuk menjual produk menerusi laman web mereka sendiri.
Jadi inilah peluang untuk anda membantu mereka dengan menyediakan bahan, informasi dan tutorial yang mereka perlukan dalam usaha mereka untuk membangunkan laman web jualan mereka.
Dengan memiliki hak Private Label Rights terhadap video tutorial Sistem Wordpress eShop yang telah saya sediakan ini, anda akan dapat kelebihan untuk menjual semula produk ini kepada sesiapa sahaja dan anda juga boleh mengubahsuai produk ini mengikut kehendak anda sendiri...
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Produk Ini
Selepas Memiliki Hak Private Label (PLR)?
- Letakkan nama anda sebagai penerbit produk ini.
- Hasilkan grafik dan nama baru produk yang dapat meningkatkan kredibiliti anda.
Anda boleh menghasilkan grafik baru dan menggunakan nama lain yang akan membuatkan produk ini kelihatan unik dan tiada persaingan.
- Jadikan video tutorial ini sebagai modul pembelajaran dalam bentuk CD / DVD.
- Gabungkan produk ini dengan produk ciptaan anda sendiri atau jadikan ia kepada produk yang lebih besar siri pembelajarannya.
Memandangkan anda memiliki hak Private Label, maka anda boleh mengubahsuai kandungan produk dan menambah baik produk dengan modul pembelajaran tambahan yang lain.
- Ubahsuai kandungan produk dan jadikan ia lebih menarik dan baik.
- Pecahkan kepada beberapa bahagian.
Anda boleh mengubahsuai video ini kepada beberapa bahagian pembelajaran dan dikirimkan kepada pembeli secara berkala dengan yuran bulanan, tahunan atau sekali seumur hidup.
- Masukkan produk ke dalam halaman keahlian berbayar anda dan caj yuran pembelajaran (membership site).
- Dijadikan bonus terhadap produk anda ciptaan yang bernilai tidak kurang daripada RM50.00.
Sekiranya anda memiliki produk ciptaan anda sendiri, maka anda boleh tawarkan produk ini sebagai bonus kepada produk anda dan meningkatkan lagi hasil jualan terhadap produk yang anda cipta.
Tidak seperti Resale Rights atau Master Resale Rights, hak Private Label Rights membenarkan anda untuk 'Rebrand' dan ubahsuai produk mengikut kehendak anda sendiri, Anda boleh 'claim' bahawa andalah yang telah menghasilkan produk tutorial ini.
Anda boleh membekalkan produk ini kepada pelanggan - pelanggan anda dan jual sama ada menerusi internet ataupun offline.
Tiada halangan untuk anda mengubahsuai produk ini.
Salah satu cara untuk menjana pendapatan berterusan adalah dengan membina laman web keahlian dengan mengenakan yuran langganan setiap bulan. Anda boleh gunakan produk ini sebagai salah satu modul dalam membership anda.
Pendek kata, jika anda mendapatkan Hak Private Label terhadap Pakej tutorial ini, maka anda sudah melangkah satu tapak ke hadapan dalam penghasilan produk digital anda sendiri...
Apa yang boleh anda lakukan selepas mendapat Hak Private Label ini adalah:
- Terus menjual produk ini seperti yang telah disediakan atau;
- Ubahsuai produk, tambah baik dan jadikan ia lebih unik berbanding yang asal.
Semuanya bergantung kepada ke-kreatifan anda...
Umpama Anda Diberi Sebuku Roti, Anda Putuskan
Apa Yang Anda Mahu Buat Dengan Roti Tersebut...

Andaikan saya memberi anda sebuku roti... Anda boleh membuat pilihan sama ada:
- Menjual kembali roti tersebut dalam keadaan asal...
- Menjadikan roti tersebut sebagai sandwich dan menjualnya kepada peminat sandwich... (customize)
- Mengabungkan roti tersebut dengan makanan tambahan lain seperti telur, sayuran dan roti lain... (repackaging)
dan pelbagai lagi keunikan yang boleh anda lakukan terhadap roti tersebut...!
Sama juga dengan produk yang saya ingin tawarkan ini... Pelbagai hasil yang boleh anda lakukan... Saya percaya anda mempunyai pelbagai idea yang lebih menarik!

NOTA: Anda Sendiri Boleh Mempelajari Lebih Banyak Strategi
Untuk Penggunaan PLR Dalam Pakej Ini Sendiri!
Siapakah Yang Boleh Memiliki
Lesen Private Label Ini?
Saya ingin tawarkan Hak Private Label ini kepada anda hanya jika anda mempunyai keinginan berikut:
- Ingin memiliki produk segera untuk dijual dengan JENAMA (brand) sendiri.
- Ingin menambah nilai (value) kepada produk anda yang sedia anda.
- Mempunyai perancangan untuk membina rangkaian produk digital.
- dan yang paling penting adalah, mempunyai MINDA USAHAWAN yang akan menggunakan produk ini berlandaskan syarat dan terma yang ditetapkan sebagai pengedar yang mempunyai Hak Private Label.
Produk ini dihasilkan oleh saya sendiri berdasarkan kajian dan juga permintaan daripada para pelanggan saya. Jadi saya amat berharap kepada *bakal* pemilik Hak Private Label ini akan menjaga nilai produk ini.
Apa Yang TIDAK Boleh Anda Lakukan Dengan Produk Ini
Selepas Memiliki Hak Private Label (PLR)...
Memiliki hak Private Label sememangnya amat menguntungkan, walaubagaimanapun ia boleh merugikan anda sendiri sekiranya anda tidak menepati 'syarat' Private Label bagi produk ini.
Antara perkara yang tidak boleh dilakukan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan hak Private Label terhadap produk ini adalah:
- DILARANG menjadikan produk ini sebagai bonus untuk mana - mana produk affiliate - Mengapa perlu naikkan 'value' produk orang lain sedangkan anda mempunyai produk yang mempunyai nilai yang lebih tinggi?
- DILARANG memberikan hak Private Label, Master Resale atau Resale Rights kepada pelanggan anda. - Anda sudah tentu tidak mahu bersaing dengan terlalu ramai orang dan terpaksa berkongsi "market".
- DILARANG memberikan produk ini secara percuma kepada sesiapa pun walaupun sebagai review. - Mengapa nak bagi percuma kalau ia boleh menambah pendapatan anda bagi menampung keperluan sara hidup anda?
- DILARANG menjadikan produk ini sebahagian dalam apa jua jenis program skim cepat kaya. - Daripada menjalankan program skim cepat kaya, adalah lebih baik berniaga dengan cara dan jalan yang sebenar!
- DILARANG menjual produk ini kurang daripada harga RM40.00. - Mengapa perlu jual dengan harga rendah sedangkan nilainya lebih tinggi kerana ia bakal membantu pengguna?
Larangan dibuat adalah bertujuan untuk memastikan KUALITI produk terjaga dan tidak di 'perkotak-katik' oleh pemilik Private Label yang tidak bertanggungjawab. Mengapa kita perlu mengurangkan 'nilai' produk sekiranya produk tersebut seharusnya bernilai tinggi?
Saya meletakkan kepercayaan bahawa anda merupakan seorang usahawan yang beretika yang mampu untuk menepati syarat dan terma diatas.
Saya juga menjamin bahawa kesemua produk yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan pastinya amat memberi manfaat kepada bakal pelanggan anda dan juga untuk diri anda sendiri.
Tawaran ini juga adalah terhad kepada 49 orang sahaja (1 lesen lagi adalah saya sendiri) dan saya tidak akan buka lagi tawaran ini kepada sesiapapun selepas ianya tamat. Saya amat yakin bahawa kesemua pemilik Private Label terhadap produk saya ini tidak akan bersaing sesama sendiri kerana masing - masing mempunyai hak untuk mengubahsuai produk ini dengan menjadikan produk ini lebih baik, unik dan berbeza daripada sedia ada.
Jadi...
Berapakah Harga Untuk Mendapatkan
Hak Private Label Rights Terhadap Produk Ini?
Saya tak mahu menerangkan berapakah kos yang terlibat dalam pembinaan video tutorial ini. Anda sendiri boleh melakukan kira - kira terhadap kos yang terlibat (teknikal, masa, software yang digunakan) serta 'kesukaran' untuk menghasilkan produk berupa teknikal seperti ini.
Harga Yang Dapat Saya Tawarkan Kepada Anda Adalah...
RM200.00
Tempah Sekarang Dan Anda Akan Menerima Diskaun RM30 Dan Menjadi
= RM170.00 Sahaja!
.
.
.
.
.
Opss....
Untuk Tempahan Segera,
Kos Untuk Memiliki Lesen Private Label Ini Hanyalah...
= RM150.00 Sahaja!
Miliki Hak PLR Ini Sekarang Sebelum Tawaran Ditutup!
Ini adalah harga yang terbaik yang dapat saya tawarkan kepada anda. Produk ini BUKAN merupakan produk *terjemahan* (translate) seperti produk - produk PLR tempatan yang ditawarkan oleh usahawan internet tempatan yang lain.
Produk ini dihasilkan secara TULEN dan dari SCRATCH berbekalkan daripada permintaan yang dikirimkan oleh pelanggan - pelanggan saya. Malah kesemua produk ini adalah UP TO DATE yang mana segala tutorial yang disediakan boleh digunapakai oleh bakal pengguna...
Jika anda ingin membina produk anda sendiri tanpa perlu untuk menciptanya daripada mula, maka ini lah peluang yang mungkin anda boleh capai...
Pilihan di tangan anda...
Yang Benar,

p.s - Saya tidak suka mengamalkan konsep *Hype* dalam penulisan ayat jualan saya. Apa yang saya tawarkan diatas ini adalah tawaran terhad dan apabila sudah tamat tawaran ini, saya sama sekali tidak akan membuka tawaran ini lagi kepada sesiapa pun... Jadi, dapatkan tawaran ini selagi tawaran masih ada.
